~♥ Wahai pemilik tulang rusukku
Sesungguhnya aku sentiasa menunggu
Menanti dan berdoa agar dipertemukan denganmu
Dalam setiap detik saat yang terus berlaluAku terus menjadi perindu
Yang sentiasa memperbaiki diriku
Agar menjadi suri terbaikmu
Biarpun masa bagaikan cemburu
Aku terus menunggu dan menunggu
Tidak sekali aku rasa jemu
Kerana aku sentiasa sematkan dalam hatiku
Kau juga sedang berusaha mencariku
Sambil terus mempersiapkan dirimu
Untuk menjadi yang terbaik buatku
Walau aku tidak pernah tahu
Siapakah dia pemilik tulang rusukku.~♥~
Tuesday 19 June 2012
pemilik tulang rusuk . . .
Posted by Kaseh Suci at 14:21
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment