Jatuh lagi jernih itu .
Aku rindu .
Jujur .
Terlalu rindu .
SAYA RINDU AWAK .
Walaupun saya tidak tahu dan tidak sedar bila sebenarnya saya mula jatuh cinta pada awak , tapi , jujur saya terlalu cintakan awak .
Ya . Kalaupun saya sering bermimpi untuk bersama awak , tidak bermakna awak perlu bersama saya .
Memang pada saat ini saya terlalu sakit , terlalu terluka , terlalu menderita . tapi tak bermakna hidup ini perlu berhenti , kan ?
Berharap akan tiba masa dimana saya kembali ketawa dan menerima hakikat bahawa saya mencintai awak yang tak pernah bisa bersama saya .
Sekurang-kurangnya hikayat cinta saya ‘complete’ dengan pengakhiran awak tidak mungkin bersama saya . Tak semestinya sebuah cerita perlukan pengakhiran yang gembira . Cukup jika ceritanya sempurna .
Tapi saya mohon pada awak . Tolong sempurnakan hikayat cinta awak . Walaupun bukan bersama saya , sudah cukup jika gembira itu , milik pengakhiran cerita yang awak punya .
senyum dan bahagia itu milik awak .
bukan saya .
mungkin ini bahagian yang telah ditakdirkan untuk saya .
tak mengapa .
saya terima
0 comments:
Post a Comment